Monday, December 20, 2010

Anak itu Amanah

1423,21122010
14 Muharram 1432
Assalamualaikum.
Bersama Muhammad Alif Aiman


Ahad lepas 18 disember 2010.aq keluar la ke KL semata mata untuk pergi ke educational fair.sje turun cari tempat blajo.Balik dari PWTC, aku singgah kat Ampang untuk menjamu selera di kedai mamak.tiba- tiba mata aku terarah kepada seorang kanak2 perempuan.di lihat pada gaya,umur dalam lingkungan 8-11 tahun.
kelakuannya aku perhatikan,bergerak dari 1 meja ke 1 meja sambil membawa beberapa naskah surat surah Yasin di tangannya sebagai "umpan".namun mgkin kerana cetek pengalaman, tiada seorang pom dr pelanggan kedai y sudi menghulur kan derma. kini giliran meja aku pula y bakal diterjah nya.

gurl: mintak derma...?
membe2 aku: senyap dan memberi isyarat tiada.

maka adik perempuan td mula beredar ke meja lain. Lantas aq memanggil kembali. Aku memegang sehelai not ringgit malaysia. Dye seakan-akan memahami tindak tanduk ku selepas itu.Namun bkn mudah untuk aku serahkan not itu. Aku sempat bercakap dgn budak perempuan tu.

aku:adik dtg ngn sape nie?
gurl: dgn mak...
aku: mane mak?
gurl: kt luar..
aku: kenapa mak x datang sekali????
gurl: (senyap)

 dye senyap,kesian plak aku tgk. Lantas aq serahkan not itu dan de pom berlalu pergi ke meja lain. keadaan msh same sperti mane meja sebelum meja aku.tiada layanan di berikan
ape yang aku pikirkan saat tu:
  • sbb ape la budak y msh mentah di paksa buat kerja sbgni?
  • kenapa parents sggp wt anak mcm nie?
  • bukan kah anak2 tu anugerah Allah y amat x ternilai, kenapa di corak kain putih sebegini?
  • adakah mereka tidak pernah terfikir akan nyawa anak mereka ketika melakukan kerja demikian
  • mengapa di umpan dengan surah Yasin???
sesungguhnya Allah telah berikan anugerah yang amat tidak ternilai kepada setiap pasangan.maka hargailah anugerah tersebut. Coraklah mereka dengan simbahan ilmu dunia dan akhirat.InsyaAllah bahagia ibu bapa kelak.

p/s: Alhamdulillah bersyukur 
PenarikBecaEhsan
Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment